KENALI PEMILIK @ FOUNDER

CP DATO’ ABD RASHID BIN HARUN (Bersara)

Beliau memulakan karier sebagai mata-mata (Konstabel) didalam perkhidmatan Polis. Sepanjang perkhidmatanya beliau telah bertugas didalam pelbagai unit antaranya 69 Komando, Pegawai Penyiasat Bahagian Operasi Khas D8 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah JKDN/KA Pasukan Gerakan Khas (PGK) yang bertanggungjawab mengetuai 2 unit elit PDRM iaitu VAT 69 Komando dan Unit Tindak Khas (UTK). Diatas dedikasi yang tinggi dan semangat cintakan negara, beliau telah dipertanggungjawabkan sebagai Komander ESSCOM yang pertama dan beliau menamatkan karier kepolisan selama hampir 42 tahun sebagai Commisioner of Police dan jawatan terakhir sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.
Diatas kecemerlangan kepimpinan, selepas persaraannya, beliau telah dilantik secara kontrak
untuk menjawat jawatan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
selama setahun.
Selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan, beliau telah melawat beberapa dusun untuk
dijadikan sebagai tempat berehat membuang peluh. Semasa dibawa ke Kg. Danglang, Kuak,
beliau telah dibawa ke sebuah dusun dimana terdapat aliran sungai yang jernih dan bersih
yang menyebabkan belaiu telah jatuh cinta kerana sejak muda beliau telah berusaha mencari
sebuah dusun mampu milik yang mempunyai pokok buah-buahan dan sungai yang bersih.
Setelah menilai keadaan disana, beliau telah membuat keputusan untuk membeli tanah ini
yang pada asal nya berkeluasan 2.5 ekar. Setelah itu, beliau membeli 2 bidang tanah yang
bersempadan dengan tanah pertama yang dibeli dan disitu tercetusnya idea untuk
menjadikan tempat bersantai para veteran VAT 69 Komando.
Bermula dari titik tolak itu, beliau telah memerah keringat bersama-sama rakan seperjuangan
untuk merancang dan membangunkan kawasan ini dan akhirnya diberi nama AMAZING
CAMP LEGACY.

MISI

Menyediakan Perkhidmatan Pelancongan Dan
Kem Motivasi Selaras Aspirasi Lenggong
Geopark

VISI

Peneraju Utama Didalam Pelancongan Ini

error: Content is protected !!
×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Boleh kami bantu?